'Walaupun Bukan Orang Tempatan, Kerjasama Penduduk Batang Sadong Menggalakkan'- Nancy Shukri
SIMUNJAN: Bukan orang tempatan tidak menjadi alasan kepada Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri untuk menjalinkan kerjasama erat dengan penduduk di kawasan turut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan, DUN Gedong dan DUN Sadong Jaya.
Beliau berkata, sepanjang dua penggal menjadi ahli parlimen kawasan terbabit, kerjasama penduduk tempatan amat baik.
"Walaupun bukan orang tempatan, kerjasama yang diberikan penduduk tempatan amat menggalakkan," katanya.
Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, hubungan beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Naroden Majais, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan Awla Dris amat erat dan memudahkan setiap perancangan pembangunan.
"Tidak berlaku sentimen tidak sebulu antara saya dan tiga ADUN," ujarnya.
Beliau turut melahirkan rasa bersyukur dengan komitmen tiga ADUN di Parlimen Batang Sadong yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.
"Ia (sokongan) adalah bonus untuk meningkatkan keyakinan kepada saya sekiranya dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)," jelasnya.
Nancy menjelaskan, bergantung kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) sama ada mencalonkan semula beliau di Parlimen Batang Sadong.
"Buat masa ini saya tidak dapat membayangkan apa-apa. Ia bergantung kepada keputusan kepimpinan BN," kata Nancy lagi.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tamLsA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment