Turunkan Berat Badan Dengan Diet Kapas
Berdiet dengan menelan Cacing mungkin yang paling ekstrem bagi anda untuk menurunkan berat badan. Tetapi kini timbul cara baru untuk berdiet, kaedah inovatif yang mampu menurunkan berat badan.
Diet kapas: kaedah terkini menurunkan berat badan
Trend terkini untuk kurus adalah dengan memakan bebola kapas yang direndam dalam jus oren, air limau atau smoothie.
Kaedah ini diperkenalkan melalui internet, laman chatting, video YouTube dan blog. Ia menerangkan kepada wanita muda bagaimana diet kapas dilakukan. Trend ini dikatakan telah dipraktikkan selepas model Bria Murphy (anak perempuan Eddie Murphy) mengakui melihat kenalan model berjaya menurunkan berat badan mereka dengan diet ini.
Cara mengamalkan diet kapas
“Saya pernah mendengar manusia yang makan bola kapas dengan jus oren. Mereka mencelupkannya dalam jus oren dan kemudian mereka makan bola kapas untuk membantu mereka berasa kenyang, ” Murphy memberitahu penemuramah beliau di Good Morning America.
Idea disebalik diet bola kapas adalah, pengamal kaedah ini akan berasa kenyang tanpa menambah berat badan. Sesetengah pengamal berpegang kepada hanya makan kapas sepanjang hari. Dengan memakan bola kapas sebelum makan, jadi mereka boleh makan kurang. Pelaku diet dapat menelan sebanyak lima bola jus – dicelup dalam satu masa, sebelum mereka berasa benar-benar kenyang.
Bahaya diet kapas
Dr Ovidio Bermudez, ketua pegawai perubatan di Eating Recovery Center di Denver, berpendapat. Makan bola kapas seperti memakan kain, atau butang atau syiling, katanya. Selain daripada risiko jelas tercekik dan pemakanan tidak seimbang, ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dalam saluran usus – jisim terperangkap dipanggil ‘bezoar.
Sumber::Pelik
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqPQjt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment