Paralimpik: Ridzuan Puzi mahu pertahan pingat emas
Kejohanan itu yang diadakan di Stadium London, England akan bermula esok hingga 23 Julai ini.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu, yang mesra dengan panggilan 'Dik Wan', yakin dapat mempertahan pingat emas yang dimenangi di Doha, Qatar pada 2015 menerusi latihan intensif yang dijalankan sejak tahun lepas.
"Kemenangan dalam beberapa kejohanan luar tahun ini seperti Kejohanan Olahraga Paralimpik Fazaa di Emiriah Arab Bersatu pada Mac lepas turut menaikkan semangat saya untuk menang emas di London."Jurulatih (R.Jeganathan) turut letakkan sasaran yang sama dan saya harap dapat buat yang terbaik untuk negara," katanya menerusi penterjemah kepada Bernama di sini.
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2015 itu bagaimanapun tidak meletakkan meletakkan sasaran tinggi dalam acara 200m T36 pada Kejohanan Dunia kerana sedar saingan sengit daripada peserta negara lain.
Untuk rekod, anak jati Perlis itu sekadar memenangi tempat keempat dalam acara berkenaan pada Kejohanan Dunia 2015.
Dalam pada itu, Mohamad Ridzuan yakin mampu mempertahan pingat emas dalam acara 100m dan 200m T36 pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17-23 September ini.
"Saya pernah menang dua emas dalam acara itu pada (Sukan Para ASEAN) 2015 di Singapura, jadi saya rasa ada peluang untuk menang emas kerana kita jadi tuan rumah kali ini," katanya yang turut akan menyertai acara 400m T36 pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uZRxBQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment