Hi! Welcome Back and Stay Tune! US Dolar Mengukuhkan Keuntungan Dalam Awal Sesi Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

US Dolar Mengukuhkan Keuntungan Dalam Awal Sesi Eropah

Dolar US masih bergerak di sekitar paras terendah 13-bulan pada sesi Eropah menjelang laporan mesyuarat FOMC pagi Khamis.

Namun begitu, indeks US dolar menaik sebanyak 0.19% kepada 94.09 setakat jam 4.37 petang, berada di paras tertinggi minggu ini.

The Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah dan tumpuan akan diberikan kepada ulasan-ulasan berkenaan pelan yang bakal di gunakan bank pusat untuk mengetatkan polisi mereka.

Para pelabur akan mencari sebarang isyarat berkenaan tempoh masa yang akan di ambil bank pusat untuk mengurangkan penyata imbangan (Balance Sheet) mereka.

Senat US akan meneruskan perdebatan mereka dalam usaha pemansuhan Obamacare.

Matawang EURUSD ketika ini berada di sekitar 1.1620 setakat jam 4.40 petang. Penurunan matawang ini di sebabkan oleh pengukuhan mendadak US dolar pada Selasa selepas laporan data keyakinan pengguna pukul 10 malam tadi.

Matawang GBPUSD pula berada di paras 1.3013 selepas laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku kedua hari ini yang mencatat bacaan sejajar dengan jangkaan 0.3%.

Matawang USDJPY masih lagi begerak dalam julat yang kecil pada paras 111.89.

Matawang AUDUSD jatuh ke paras 0.7903 di sebabkan oleh data inflasi suku tahun kedua lebih rendah daripada jangkaan. Hal ini menguatkan lagi pelan Bank Pusat Australia (RBA) untuk tidak menaikkan kadar faedahnya.

The post US Dolar Mengukuhkan Keuntungan Dalam Awal Sesi Eropah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vIa9GQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.