Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertumbuhan Ekonomi UK Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran 0.3% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertumbuhan Ekonomi UK Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran 0.3%

Pertumbuhan ekonomi UK meningkat 0.3% pada suku kedua sejajar dengan jangkaan pasaran dan 0.2% yang dicatat sebelum ini. Dari segi tahunan, pertumbuhan meningkat 1.7% dari 2.0% sebelum itu di mana bacaan kali ini juga sejajar dengan jangkaan pasaran.

Terdapat pemulihan dalam pertumbuhan sektor perkhidmatan yang merekod kenaikan 0.5% dari 0.1% dicatat pada suku pertama. Ini disokong oleh pengukuhan dalam pengedaran dan juga pemulihan dalam perbelanjaan runcit.

Pengeluaran industri walaubagaimanapun, jatuh 0.4% dalam tempoh tiga bulan lalu, manakala pengeluaran sektor pembinaan jatuh sebanyak 0.9%.

Penguncupan dalam sektor pembinaan dan industri dilihat sebagai kesan daripada kelemahan struktur ekonomi dan pengurangan pelaburan, walaupun terdapat keraguan dalam ketepatan data.

Keyakinan secara keseluruhan dalam pertumbuhan cenderung untuk lemah berikutan kebimbangan terhadap kelemahan peningkatan pendapatan yang seterusnya menekan perbelanjaan pengguna dalam beberapa bulan akan datang. Dalam konteks ini, pengukuhan oleh sektor-sektor lain adalah penting untuk menyokong pertumbuhan secara keseluruhan.

Data kali ini sejajar dengan jangkaan Bank of England dan dilihat tidak akan mempengaruhi bank pusat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

The post Pertumbuhan Ekonomi UK Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran 0.3% appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uAMRCA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.