Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Sarawak Menang 4 Emas Di Amerika Syarikat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Sarawak Menang 4 Emas Di Amerika Syarikat

Pemain sape profesional Saufi Aiman Yahya melakar sejarah buat Malaysia apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas daripada Kejohanan Dunia Pertunjukan Seni ke-21 (WCOPA) di Amerika Syarikat.

Pemuzik kelahiran Kuching, Sarawak berusia 27 tahun itu mendapat tempat pertama dalam kategori Terbuka, Jazz, Kontemporari dan Klasik atau Tradisional.

“Memang sudah menjadi impian saya untuk mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa, apatah lagi memenangi pingat ini semua,” katanya kepada Malaysiakini

Saufi turut memenangi tiga gelaran Juara Dunia dalam kategori Jazz, Kontemporari dan Klasik atau tradisional, begitu juga pingat perak dalam kategori Karya Asli.

Juga dikenali sebagai “Talent Olympics”, WCOPA adalah pertandingan antarabangsa khusus untuk penghibur dan bakat muda bercita-cita tinggi yang diadakan secara tahunan di Long Beach, California.

Seramai 14 bakat tempatan termasuk Saufi mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung bermula dari 39 Jun hingga 9 Julai tahun ini.

Saufi mengakui pertandingan berkenaan memberikan cabaran besar buatnya dan kemenangan itu adalah hasil usaha, termasuk susulan pemilihan instrumen yang tepat, iaitu sape dan kebolehan untuk memainkan alat itu.

“Persaingan amat sengit. Saya andaikan instrumen sape di samping bakat memainkan alat muzik itu telah menyerlahkan kebolehan yang ada,” katanya.

Sape disebut sa-peh adalah alat muzik tradisional suku kaum Kenyah, Sarawak. -Malaysiakini



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tli5eC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.