Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gaji aku berlipat kali ganda dari suami.. Bonus aku tak lari RM 15K…Tetapi aku pelik semua sewa & bil dia yang bayar tanpa minta dari aku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gaji aku berlipat kali ganda dari suami.. Bonus aku tak lari RM 15K…Tetapi aku pelik semua sewa & bil dia yang bayar tanpa minta dari aku

Salam semua warga KRT,mohon hide kan profile saya ya admin. Terima kasih 🙂

Saya cuma ingin berkongsi kisah saya.Saya sudah berkahwin selama 5 tahun dan mempunyai dua orang anak. Sebelum ini saya berkerja di sebuah syarikat yang agak terkemuka.

 

Suami pula bekerja sebagai kontraktor/ wireman. Saya berkelulusan master dan suami pula mempunyai sijil kemahiran dalam bidang elektrik.

 

Kalau nak dibandingkan gaji,memang gaji saya berlipat kali ganda dari suami. Bila time bonus,memang RM15K tu tak lari lah.

 

Namun segala keperluan rumah dan bil suami yang bayar.Dia xpernah minta untuk saya bayar apa apa.Dia memang seorang suami yang bertangungjawab dan penyayang.

 

Kadang kadang saya senyap senyap bayarkan bil dan sewa rumah.Suami tak bagi saya bayarkan,suami kata ni semua tanggungjawab dia.

 

Tapi saya tahu belanja suami tak mencukupi sampai dia ikat perut bila waktu makan di tempat kerja semata mata nak bayar bil bil rumah.

Semasa saya hamil anak pertama,saya terpaksa berjauhan dari suami atas tuntutan kerja.Saya di utara dan suami di selatan.Sakit pening saya,saya sorang je yang hadap.

 

Ada sekali tu sampai saya kena warded sebab alahan teruk sangat,suami datang dari jauh untuk teman saya masa tu.Sana sini dia pinjam duit kawan sebab nak datang jenguk saya.

 

Atas budi bicara pihak atasan company saya,mereka benarkan saya kembali ke HQ di selatan tanah air hingga habis pantang.

Setelah saya kembali kerja selepas pantang,boss saya memberitahu saya akan di hantar ke Labuan pula selama setahun untuk satu projek di sana.

 

Selepas berbincang dengan suami,saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan cuba cari kerja lain.Tapi bila dah sedap duduk rumah jaga anak ni,rasa berat pula nak berengang dengan anak dan apply kerja.

 

Suami pun suka saya di rumah,kata nya lebih berseri rumah dan anak suami terjaga rapi bila saya ada.Tapi dalam pada tu saya berbelah bahagi juga,sebab dengan pendapatan suami yang suam suam kuku ni,cukup kah untuk menampung perbelanjaan bulanan kami sekeluarga?

Tapi Alhamdullilah,pelik tapi benar.Sepanjang saya jadi suri rumah,rezeki suami sentiasa cukup. Memang lah tak semewah dulu,takde shopping dan melaram lip lap lip lap tapi segala keperluan Alhamdullilah cukup.Sewa rumah dan bil sentiasa berbayar tanpa tunggakan,makan minum cukup.

 

Tapi memang saya nampak kesusahan suami membanting tulang 4 kerat semampu yang boleh untuk semua tu.Walaupun kadang kadang saya menangis sebab teringin nak shopping itu ini tapi suami selalu tenangkan saya,peluk saya dan minta maaf sebab xdapat nak sediakan apa yang saya nak.

 

Menitik nitik air mata dia tengok saya mcmtu sebab dia rasa dia xdapat puaskan keinginan saya.Terus saya rasa bersalah sangat dan minta maaf pada dia semula.Lama kelamaan saya dapat biasakan diri hidup berserdehana dan bersyukur dengan segala yang sedia ada.

Ada satu kejadian,suami saya ditipu oleh client,yang juga merupakan saudara rapatnya. Penat penat suami saya kerja siang malam siapkan wiring untuk project construction, tapi bila dapat payment,tak seperti yang dijanjikan.

 

Saya naik angin juga bila dengar,tapi suami saya rileks dan redha je.Dia kata “Tak apa lah sayang,nak buat macam mana takde black and white,janji ikut mulut ni memang risiko.InsyaAllah nanti ada rezeki lain.

 

Sayang doa banyak banyak ya,doa orang teraniaya ni mudah makbul tau.Doa lah nak handbag yang sayang suka tu sekali” Katanya berseloroh namun saya tahu dia sebenarnya kecewa.

Setiap hari saya tak pernah lekang dari doakan suami dan keluarga saya dimurahkan rezeki sentiasa.Anak saya masih menyusu badan masa tu,alhamdullilah rezeki jugak kan ni sebab tak perlu beli susu formula untuk anak,janji mak nya jaga makan.Cukup lah tu.

Lepas dari kejadian ditipu tu,suami saya cuba cari kerja yang stabil.Yelah kerja kontraktor ni harapkan ada projek baru ada duit masuk.Dan selagi tiada projek baru,kena lah berjimat lebih sikit.Puas juga dia melilau sana sini apply kerja.

 

Saya ambil inisiatif untuk tolong suami mengemaskini resume dan saya hantarkan resume nya untuk jawatan yang berkaitan di website pencarian kerja. Alhamdullilah dalam banyak banyak yang saya apply kan,sangkut lah satu job untuk suami pergi interview,di sebuah company bertaraf International.

 

Suami saya nervous sangat sebab company ni besar dan dia tak pandai speaking English.Dia rasa confirm dia tak akan dapat kerja ni,lagipun dia hanya berkelulusan SPM dan sijil Kemahiran.

 

Puas saya yakinkan dia untuk cuba juga.Tak salah kan untuk mencuba? Dapat atau tak dapat belakang kira.Saya trained dia untuk menjawab soalan interview dan macam macam kami study sebagai persediaan.Nak dijadikan cerita,Alhamdullilah dia berjaya mendapat kerja di company tersebut.

 

Bersyukur sangat kami masa tu sebab benefit untuk company ni sangat sangat banyak. Dengan makan setiap hari disediakan untuk pekerja, gaji basic yang tinggi,elaun pengangkutan, medical benefit untuk sekeluarga, elaun kedatangan, elaun shift dan OT pun dibayar tinggi.

 

Senang cerita dalam sebulan suami saya sekarang berpendapatan paling sikit RM6K dalam tangan.Itu tak termasuk bonus company 3 kali setahun,family day di pusat penginapan yang mewah dan annual Dinner di hotel terkemuka.

Ya Allah, rasa macam tak percaya je sampai begini sekali kau luaskan pintu rezeki kami sekeluarga. Alhamdullilah.

Alhamdullilah kini hidup kami sekeluarga makin senang.Suami sering membawa kami sekeluarga melancong luar negara setiap hujung tahun,selalu membelikan saya perhiasan kemas,handbag/kasut jenama kesukaan saya dan macam macam lagi.

 

Dia kata ni semua upah untuk saya yang bertungkus lumus menjaga makan minum keluarga dan rumah sepanjang hari.Saya masih lagi menjawat jawatan housewife hingga kini.Ramai saudara dan kenalan suruh saya kembali kerja, kata mereka kalau suami buat hal,takde lah terkontang kanting saya kelak nanti.Tapi buat masa ni saya tak fikir pasal tu.

 

Saya nak fikir positif saja.Lagipun puas hati tengok anak membesar depan mata.Saya harap perkahwinan kami akan sentiasa bahagia selamanya.Yelah tak dinafikan wanita diuji ketika susah,lelaki diuji ketika senang.Namun saya serahkan segalanya pada Allah dan percaya setiap perancanganNya adalah yang terbaik.

Saya juga mendoakan agar semua pembaca sentiasa dilimpahkan rezeki yang luas hendaknya dan happy selalu bersama keluarga,terimalah pasangan anda seadanya ketika susah dan senang.

 

Andai ada perselisihan faham,periksa pucuk pangkal dan sentiasa bawa berbincang dengan pasangan. Kalau boleh,segala masalah dan kesusahan yang kita lalui dengan pasangan tak perlu diceritakan pada orang luar (tak kira lah ibu bapa/ mertua/adik beradik/kenalan).Banyak buruk dari baiknya.Jaga aib pasangan anda.Cuba selesaikan sendiri masalah yang ada.Banyakan bersabar dengan segala kesusahan yang dilalui.Percaya dengan segala percaturan Allah akan sentiasa ada hikmah disebaliknya.Insyallah bila kita selalu bersyukur,berusaha dan tawakal,Allah akan lebih melimpahkan seluas luas rezeki untuk kita InsyaAllah.

 

Untuk suami suami di luar sana, sentiasa lah ingat tanggungjawab pada keluarga dan hargai isteri anda yang sentiasa ada di sebalik susah senang anda, Insyallah akan dibuka segala pintu rezeki dan kesenangan untuk anda tanpa disangka sangka.Itu saja perkongsian dari saya.Terima kasih admin.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVDRWJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.