Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Dikurung Selama 6 Tahun Kerana Cinta Tak Direstui, Apa Yg Jirannya Lakukan Buat Ramai TABIK !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Dikurung Selama 6 Tahun Kerana Cinta Tak Direstui, Apa Yg Jirannya Lakukan Buat Ramai TABIK !!!

Dalam membentuk perhubungan sesama pasangan, adalah menjadi kebimbangan jika pasangan yang dipilih tidak disukai dan hubungan dipersetujui oleh keluarga. Anda kini berada dalam dilema kerana pastinya anda menyukai kedua-dua pihak, dan kini anda perlu berbincang bagi mengakhiri konflik dan menyelesaikan situasi tersebut.

Namun bagitu, bagi seorang wanita dari China ini, dia tidak dapat menyelesaikan masalah menerusi perbincangan kerana hubungan yang tidak direstui. Malah, dia kini dilayan seperti binatang oleh kedua-dua ibu bapanya.

Wanita yang berusia 24 tahun ini dikurung di bangsal rumah mereka dan kini dia sudah tidur dan tinggal terbiar di situ selama 6 tahun.

Zhang Qi yang kini berusia 24 tahun dikurung oleh ibu bapanya di sebuah bangsal

Dia telah dipaksa tinggal di bangunan usang di Jinjang yang berada di tengah wilayah Hubei China, selepas ibu bapanya memaksa beliau memutuskan perhubungan cinta mereka,” lapor Daily Mail.

Dia tetap diperlakukan sedemikian walaupun wanita ini berulang kali memberitahu bahawa hubungan mereka telah berakhir.

Tempat Zhang dikurung

Zhang pernah mencuba beberapa kali untuk melepaskan diri dari kurungan ibu bapanya di bangunan usang tersebut tetapi ibu bapanya memberitahu masyarakat kampung bahawa anaknya itu mengalami sakit mental dan perlu dikurung untuk kebaikan diri dan semua. Rata-rata masyarakat di situ mempercayai kenyataan tersebut.

Namun tidak bagi seorang penduduk di kampung tersebut yang berusia 50 tahun, Chow Jen. Dia sedar dan membuat keputusan untuk bertindak menyelesaikan masalah ini dengan mengambil gambar dan disebarkan di atas talian.

Tindakan yang dilakukan merupakan tindak balas beliau kerana melihat pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil tindakan akan kejadian tersebut.

Chow berkongsi:

“Ibu bapa mereka merupakan orang yang berpengaruh dan memberitahu semua supaya tidak masuk campur.”

“Semua orang tahu mengenai kisah gadis yang terkurung di rumah usang tersebut. Saya sangat gembira kerana dapat mendedahkan kejadian ini kepada masyarakat menerusi gambar yang disebarkan di atas talian kerana pihak berkuasa tempatan yang tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini sebelum ini,” tambah Chow.

“Setiap kali saya pulang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, saya tidak akan pernah lupa untuk melawatnya secara senyap-senyap,” kata penduduk yang prihatin ini.

Dalam kunjungan terbarunya, Chow memberitahu bahawa Zhang dilihat hanya terbaring dengan diselimuti dan terdapat sisa makanan di sekitarnya. Dia akhirnya sudah penat dengan suasana ini dan bertindak melakukan sesuatu.

“Sama ada kisah yang mereka katakan mengenai dia [Zhang] mengalami masalah mental betul atau pun tidak, dia ternyata dilayan seperti binatang dan saya sudah jelik dengan perkara ini, jadi saya mahu menelefon pihak polis dan berkongsikan gambarnya di atas talian,” kata Chow.

Malangnya, tidak terdapat laporan rasmi mengenai status isu sebenar mengenai perempuan malang yang dikurung oleh ibu bapanya itu,” DailyMail menyebut.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu mendoakan keadaan yang baik sahaja berlaku kepada wanita muda tersebut.

Sumber:- Era Baru



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFzGmA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.