Laman Rasmi ZUK Ditutup Dan Trafik Diarahkan Ke Laman Motorola
Pada bulan April yang lalu kedengaran ura-ura jenama ZUK akan dihentikan pengeluarannya. Jenama ini akan hidup sebagai pelancar ZUK yang digunakan pada peranti Motorola untuk pasaran China. Sehingga kini pihak Lenovo yang memiliki ZUK tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masa depan jenama ini. Terkini laman rasmi Zuk.com dan laman komuniti telah ditutup.
Apabila pengguna melayari URL di atas, trafik akan diarahkan laman rasmi Motorola China. Ini ialah petanda paling nyata jenama ini akan dihentikan. Antara sebab yang menyebabkan ia ditutup ialah bagi mengurangkan kos operasi Lenovo serta memudahkan proses pemasaran. Lenovo lebih serius memasarkan semula jenama Motorola yang lebih dikenali ramai di dalam dunia peranti mudah alih.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEDSAt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment