Curi kabel, lelaki tersangkut di tiang elektrik
Lawas : Seorang lelaki yang tersangkut pada sebatang tiang elektrik ketika cuba memotong kabel itu, ditahan polis.
Lelaki itu, 43, berbuat demikian di loji air lama Hulu Trusan di sini untuk mencuri kabel, jam 8.50 malam tadi, lapor Harian Metro.
Ketua polis daerah Lawas berkata suspek diturunkan anggota bomba dan polis yang dihubungi orang awam sebelum dihantar ke Hospital Lawas kerana cedera.
"Pemeriksaan polis menemui sebilah parang yang digunakan untuk memotong kabel elektrik," kata DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.
Suspek yang memiliki dua rekod jenayah kesalahan sama, disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vESMXo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment