Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa 6 anak dipenjara 14 bulan curi empat botol kopi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa 6 anak dipenjara 14 bulan curi empat botol kopi

Bapa 6 anak dipenjara 14 bulan curi empat botol kopi|Bapa kepada enam orang anak dipenjarakan selama 14 bulan dan didenda RM2,000 kerana mencuri 4 botol kopi berlainan jenama. Abdul Saum Kaum mengaku bersalah dihadapan Majistret Cindy Mc Juice Balitus diatas pertuduhan mencuri satu botol Indocafe, satu botol Indocafe Classic dan dua botol Nescafe Classic di Giant Hypermarket City Mall pada 13 Julai 2017.

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 380 Akta Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda. Menurut fakta kes, pengadu iaitu In House Detective mendapati seorang lelaki mencurigakan memasukkan barang ke dalam beg sandangnya melalui CCTV.

Pengadu melihat selepas beberapa minit lelaki itu hendak keluar dari hypermarket tersebut dan mengarahkan pengawal untuk menahan lelaki itu. Selepas menahan lelaki tersebut, pengawal meminta untuk memeriksa beg sandangnya dan secara tiba-tiba lelaki itu melemparkan begnya itu ke arah pengawal sambil berkata “nah ambillah”. Berlaku pergelutan dan kejar mengejar.

Akhirnya lelaki itu dapat ditahan oleh pengawal dengan bantuan orang awam. Abdul Saum merayu agar hukuman yang diberikan adalah serendah-rendahnya kerana dia mempunyai dua isteri dan enam orang anak, yang mana, empat orang anaknya itu masih bersekolah dan dua lagi tidak bersekolah.

Dia juga membuat rayuan tersebut kerana kesalahan ini merupakan kesalah kali pertamanya. Apabila mahkamah bertanya “untuk apa curi nescafe tu?”, tertuduh menjawab, “untuk minum ja ba itu”. Mahkamah mengarahkan Abdul Saum Kaum membayar jumlah tersebut, jika gagal akan dipenjarakan selama dua bulan.-Oleh Putu Wahyuney Matius

The post Bapa 6 anak dipenjara 14 bulan curi empat botol kopi appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uOdKWt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.