Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempar! Sekumpulan penyelam menemui haiwan laut yang terperangkap di dalam sangkar dalam keadaan yang menyayat hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempar! Sekumpulan penyelam menemui haiwan laut yang terperangkap di dalam sangkar dalam keadaan yang menyayat hati

loading…
Gempar! Sekumpulan penyelam menemui haiwan laut yang terperangkap di dalam sangkar dalam keadaan yang menyayat hati


Sekumpulan penyelam telah menemui satu penemuan yang menyayat hati ketika melakukan aktiviti selam berdekatan dengan pantai Kokoya di Indonesia.

Mereka memilih untuk mendekati sangkar itu dan sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati dua ekor dugong terperangkap di dalamnya.
Delon Lim
Salah seorang daripada penyelam itu, Delon Lim memberitahu The Dodo haiwan yang dikenali sebagai ‘lembu laut’ (dugong) yang terperangkap di dalam sangkar yang berasingan itu ialah seekor ibu dan seekor anaknya.
Anak dugong itu terperangkap secara bebas sementara ibunya diikat pada seutas tali di bahagian ekornya. Pasangan dugong ini telah ditangkap oleh nelayan tempatan yang bertujuan mendapatkan keuntungan daripada pelancong.
“Dia meminta sedikit wang daripada kami jika kami ingin melihat atau mengambil gambar dugong,” ujar Lim.
Kredit: Twitter
Walaupun tidak jelas sudah berapa lama dugong itu terperangkap, Lim dapat mengagak mereka telah terperangkap lebih daripada beberapa minggu.
“Ia kelihatan begitu,” kata Lim. “Tali yang digunakan untuk mengikat ekor ibu dugong kelihatan buruk dan terkoyak. Sementara itu, parut dan ikatan pada ekornya terlalu dalam. Ia benar-benar menyayat hati.”
Para penyelam dibenarkan masuk ke dalam sangkar bersama ibu dugong untuk mengambil gambar dan video, merakam setiap kenangan pahit yang tidak dapat dibayangkan.
Tanpa berlengah lagi, para penyelam cuba memujuk nelayan itu supaya membebaskan dugong itu dan memberitahu mereka bahawa dugong adalah spesies haiwan berharga yang terdedah kepada kepupusan.
“Apabila kami meninggalkan pulau itu, nelayan itu bersetuju untuk membebaskan dugong-dugong itu,” kata Lim.
“Tetapi sejak kami tidak berasa yakin nelayan itu akan melakukannya, kami menyiarkan video itu ke media sosial. Penyelam lain turut menyiarkannya juga.” kata Lim lagi.
Apa yang mereka lakukan itu benar-benar satu usaha yang berbaloi apabila dalam masa satu jam sahaja, Lim dihubungi oleh pihak berkuasa hidupan liar yang memintanya memberikan lokasi sangkar itu berada.
Pada keesokkan harinya, pegawai-pegawai turun ke tempat itu dan mendapati dugong itu masih terperangkap di dalam sangkar.
Proses Pelepasan Ikan Dugong di Pulau Kokoya, Indonesia.
Dugong, seperti saudara manatee mereka, dianggap terancam daripada kegiatan manusia, walaupun menangkap seperti ini bukanlah suatu perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, terdapat haiwan lain yang turut mengalami nasib yang sama demi memenuhi kepuasan sektor pelancongan.
loading…
kongsikan artikel ini

The post Gempar! Sekumpulan penyelam menemui haiwan laut yang terperangkap di dalam sangkar dalam keadaan yang menyayat hati appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uG9xE1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.