Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanya ‘Event Dari Amerika Syarikat’ Boleh Menghentikan Kenaikan EURO – Penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanya ‘Event Dari Amerika Syarikat’ Boleh Menghentikan Kenaikan EURO – Penganalisis

Kenaikan matawang Euro mungkin baru bermula dengan European Central Bank (ECB) membuat sedikit perubahan dalam panduan kehadapan (forward guidance) pada Khamis.

Mario Draghi dalam komennya berkata pembuat polisi masih menunggu kadar upah dan harga bergerak sejajar dengan pertumbuhan ekonomi. Euro mengukuh sehingga hampir 200 pip setakat ini selepas pengumuman polisi 7.45 pm pada Khamis.

“Ia kenaikan yang begitu kukuh dan ia tidak akan berhenti,” kata Peter Kinsella ketua strategi matawang  Commonwealth Bank of Australia. “Segalanya memberi kesan kepada kenaikan Euro — peningkatan aliran masuk modal, perubahan polisi monetari, risiko politik yang semakin berkurangan.

Peningkatan nada hawkish oleh bank pusat dengan Draghi berkata tekanan inflasi telah menggantikan tekanan deflasi sekaligus menyokong kenaikan Euro. Pelabur menjangka ECB akan mengurangkan rangsangan tahun depan dan kenaikan kadar 10 mata asas seawal September 2018.

Nomura ketika ini meramalkan Euro akan berada di sekitar 1.15 hujung tahun ini. ” Dalam jangka pendek, ia adalah lebih daripada itu dan kami tidak menafikannya.”

Bagi sesetengah penganalisis, hanya satu perkara saja yang akan menghentikan kenaikan Euro iaitu keadaan ekonomi Amerika Syarikat. Ia mungkin terhenti jika terdapat perkembangan positif dalam perubahan percukaian di US, menurut Rochester.

“Satu faktor yang akan menghentikan kenaikan Euro ialah perubahan kepada jangkaan Federal Reserve,” kata Andrew Cormack, pengurus dana di Western Asset Global Management.

The post Hanya ‘Event Dari Amerika Syarikat’ Boleh Menghentikan Kenaikan EURO – Penganalisis appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPBl9b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.