Hi! Welcome Back and Stay Tune! Punca kanak-kanak 3 tahun mati diketahui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Punca kanak-kanak 3 tahun mati diketahui

Punca kanak-kanak 3 tahun mati diketahui|Punca kematian kanak-kanak lelaki yang mayatnya ditemui berhampiran sebuah bengkel kereta di Kampung Chin Lee, Batu 6, Jalan Kepong, Kuala Lumpur, semalam, disebabkan hentakan objek tumpul pada kepala sehingga menyebabkan tempurung kepala retak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Menurutnya, kecederaan lain yang ditemui ialah kesan lebam di kedua kaki dan tangan dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

“Mangsa yang berusia empat ke lima tahun dianggarkan sudah meninggal dunia antara 10 hingga 14 hari.

“Seorang saksi hadir ke hospital untuk membuat pengecaman tetapi keadaan mayat yang reput menyukarkan proses itu. Namun, contoh DNA saksi sudah diambil untuk perbandingan dengan mangsa,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mayat kanak-kanak lelaki yang disumbat dalam plastik hitam itu ditemui dalam keadaan berulat dengan sebelah kakinya terjulur keluar berhampiran sebuah bengkel kereta oleh seorang pekerja premis besi buruk ketika membersihkan longkang di kawasan itu.

Mayat kanak-kanak itu masih lengkap berpakaian selain turut dipakaikan lampin pakai buang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

The post Punca kanak-kanak 3 tahun mati diketahui appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gPtPVT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.