Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ni bukankah dah termasuk dalam kategori 'menghasut'? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ni bukankah dah termasuk dalam kategori 'menghasut'?

Tuduhan PAN murtad, JHEAIK terima laporan Amanah Kelantan
21 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE

Gambar print screen  dari You Tube




Balai Islam Lundang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) semalam menerima laporan berkenaan tuduhan murtad yang ditujukan kepada 'PAN' (Amanah).

Ketua Amanah kawasan Pasir Puteh, Abdul Halim Muhamad menyerahkan laporan berkenaan pada jam 11.30 pagi di Bahagian penguatkuasaan undang-undang syariah JHEAIK di Balai Islam Lundang.

Pembantu pegawai agama bahagian siasatan, Ustaz Zaidi Muhamad telah menerima laporan tersebut bagi pihak JHEAIK. 

Abdul Halim diiringi pimpinan Amanah negeri dan kawasan-kawasan.
Naib pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed pada sidang media selepas penyerahan laporan itu berkata Amanah mengambil tindakan ini berkaitan tuduhan murtad dalam satu ceramah politik yang telah disampaikan Ketua Penerangan Pas Kawasan Tanah Merah Mohd Najmi Zakaria di pekarangan Madrasah Pak Man Serbuk, Pondok Lama, Tanah Merah pada kira kira jam 9.40 malam, 14 Julai lalu.
Antara lain Mohd Najmi dipetik sebagai berkata: 

"PAN ni hok paling sedih sekalinya, PAN ni ibarat kalu kita dalam Islam gat, dalam agama kita, maaf la kasar bunyi, ia sebagaimana orang ingkar perintah Allah, kalu bunyi kok agama gat, ore murtad.

"Orang murtad nak oyat bui, Tuhan suruh bunuh, (sebab) menghancurkan Islam, suruh taubat tok sir taubat, mmasuk dalam gok (penjara ) dulu, tok sir taubat juga, akhirnya bunuh".

Menurut Che Ibrahim, kata-kata pemimpin Pas kawasan itu jelas ditujukan kepada ahli-ahli parti Amanah sebab perkataan " PAN" bagi maksud penceramah Pas tersebut adalah merujuk kepada parti Amanah.

"Pihak kami memohon supaya ucapan ini disiasat secara serius kerana ianya bukan sahaja melibatkan tuduhan kafir sesama Islam, tetapi boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu ketenteraman awam.

"Ucapan-ucapan seperti ini, jika tidak diambil tindakan sewajarnya, boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat dan mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.

"Ucapan ini jelas mengandungi unsur-unsur takfir sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1985)," katanya.

Menurutnya, pihak Amanah juga merancang untuk membuat laporan polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah, Negeri Kelantan.

"Ini bagi membolehkan pihak polis turut membuat siasatan dan merekodkan tuduhan jahat seperti ini yang boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

"Pihak kami juga tidak menolak untuk bertindak melalui saluran undang-undang jika dirasakan perlu perbuat demikian," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uh3l4l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.