Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dabelle: Pengetatan Kadar Bank Pusat Lain Tidak Bermakna Australia Juga Perlu Menaikkan Kadar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dabelle: Pengetatan Kadar Bank Pusat Lain Tidak Bermakna Australia Juga Perlu Menaikkan Kadar

Pegawai tertinggi bank pusat memberikan isyarat jelas bahawa kadar faedah di Australia akan dikekalkan di paras terendah pada masa ini dan tidak akan mengikuti pengetatan kadar faedah bank pusat yang lain. Hal ini telah menyebabkan Aussie dolar jatuh pada awal sesi Asia hari ini.

Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Dabelle bercakap di Adelaide pada Jumaat.

“Kadar polisi di Australia tidak perlu jatuh ke paras terendah seperti yang dilihat di negara lain dan hakikat yang menunjukkan bank pusat yang lain menaikkan kadar faedah mereka tidaklah secara automatik bermaksud kadar faedah di sini juga harus dinaikkan,” Timbalan Gabenor RBA Guy Dabelle.

Berikutan komen Dabelle, Aussie dolar adalah satu-satunya matawang utama yang melemah berbanding US dolar dan kejatuhan AUDUSD jelas dilihat pada pukul 9 pagi tadi sehingga merekod kejatuhan hampir satu peratus ke paras terendah 0.7875.

“Dabelle secara jelas mengurangkan peluang dan jangkaan kenaikan kadar,” kata penganalisis ekonomi di Commonwealth Bank of Australia, Cristina Klifton.

“Kami tidak melihat isyarat kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat.” tambahnya.

Tumpuan pasaran ketika ini terarah kepada data inflasi pada suku kedua diikuti oleh ucapan Gabenor Philip Lowe Rabu depan.

Tambah Dabelle dalam kenyataan pagi tadi, kenaikan nilai Aussie dolar menyukarkan transisi ekonomi di mana ia bertentangan dengan faedah yang akan diraih dengan kadar faedah rendah dan pertumbuhan pantas ekonomi global.

The post Dabelle: Pengetatan Kadar Bank Pusat Lain Tidak Bermakna Australia Juga Perlu Menaikkan Kadar appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFW7rj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.