Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bbi Kau tikam mak aku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bbi Kau tikam mak aku

1.png

MARAN, PAHANG – Seorang wanita warga emas cedera ditikam anaknya sendiri kerana tidak berpuas hati dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 6.45 petang semalam di Felda Jengka 10, mangsa berusia 64 tahun cedera di rusuk dan paha kiri serta belakang badan, dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, sebelum kejadian itu berlaku, suspek berusia 40 tahun itu membawa sebaldi air sungai ke dalam rumah dan memaklumkan mahu mencuci tikar getah.

“Mangsa melarang suspek yang juga seorang penganggur berbuat demikian kerana hari sudah gelap. Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

“Sebaik saja keluar dari bilik air, suspek terus bertindak menikam mangsa menyebabkan mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Jeritan mangsa itu didengar oleh jiran dan bertindak menolak suspek yang kelihatan agresif, sebelum membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Mazlan, suspek yang dipercayai melakukan perbuatan itu di bawah pengaruh dadah kemudian melarikan diri. Tetapi berjaya di tahan di tepi jalan utama oleh anggota polis dengan bantuan orang awam kira-kira setengah jam kemudian.

Pemeriksaan pada badan suspek, polis menemui sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan awal polis melaporkan, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dilarang oleh ibunya dari membasuh tikar getah itu.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai tujuh kesalahan lampau yang kebanyakkannya membabitkan kesalahan dadah.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu viral di media sosial, video suspek dibelasah oleh adik lelakinya sendiri. Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan si adik membelasah abangnya bertubi-tubi dan orang ramai yang di sekeliling hanya menyaksikan kejadian itu tanpa campur tangan.

Sumber: thereporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viZwcg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.