Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan Mu Naik Kaki Tangan Dan Main Perempuan Bekas Isteri Faizal AF4 Jelas Punca Bercerai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan Mu Naik Kaki Tangan Dan Main Perempuan Bekas Isteri Faizal AF4 Jelas Punca Bercerai

Semalam, penyanyi dan juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal mengakui beliau sudah bercerai buat kali ketiga. Dalam kenyataan Faizal, beliau ada memaklumkan penceraian tersebut berlaku kerana bukan mudah untuk bekas isterinya menerima diri beliau seadanya dan juga kerjaya Faizal sebagai penyanyi.

Berang dikatakan sebagai punca penceraian mereka, bekas isteri Faizal, Sahidatul Najiha tampil menjelaskan sebab mereka bercerai.

Sahidatul mengakui beliau bukanlah seorang isteri yang sempurna tetapi beliau menyifatkan Faizal seorang yang plastik kerana tidak jujur untuk mendedahkan perkara sebenar.

Kenyataan yang diberikan oleh Faizal tidak sama dengan apa yang kami lalui.. Saya boleh katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri. Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.

Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini. Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah. Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Faizal telah melafazkan cerai terhadap Sahidatul Najiha pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah. Mereka berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nur Hanna Maleeka.

Sumber Berita : Facebook Sahidatul Najiha / Insta Online

Sumber: Beautifulnara



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9vb3m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.