Didie Alias kena saman RM400,000 kaw-kaw...
Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam menetapkan 14 November ini untuk perbicaraan kes tuntutan saman penerbit drama dan filem, Datuk Rafena Ezanee Ramli terhadap pelakon terkenal, Didie Alias atas dakwaan pelanggaran kontrak dan mengaibkannya menerusi media sosial.
Hakim menetapkan tarikh tersebut yang akan berlangsung selama empat hari ketika kes berkenaan disebut dihadapannya di dalam kamar hakim.
Rafena Ezanee dan Didie hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing iaitu Mohd. Fadhly Hashim dan Azlan Abdul Razak.
Berdasarkan saman yang difailkan Rafena dan syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. (Dark Wave) pada 21 Mac lalu, kedua-duanya menamakan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad, 43, sebagai defendan.
Kedua-dua plaintif da-lam pernyataan tuntutan saman tersebut menyatakan defendan merupakan penerbit eksekutif bagi satu rancangan travelog Street Food Asian sebanyak 13 episod yang merupakan program terbitan Dark Wave.
Dalam penyataan tuntutan saman itu, plaintif mendakwa Didie yang telah menerima RM7,000 untuk melakukan kerja-kerja penerbitan travelog itu telah sengaja, cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kerugian. -Kosmo!
Tag : Berita Artis , Didie Alias , Mahkamah , Pelakon , Penerbit , Pengarah Filem , Rafena Ezanee , Saman , Shah Alam
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXNSV3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment