IKTIBAR DARI KISAH SEORANG ANAK YANG MENJADIKAN IBUNYA SEBAGAI PENGASUH
Saya Tina. Baru habis pantang bersalin anak kedua. Juga baru dibuang kerja serta merta semasa masih dalam pantang. Suami juga hanya tinggal berbaki sebulan lagi untuk berkhidmat di syarikat tempat dia bekerja kerana telah dapat surat amaran terakhir akibat keengganan suami untuk ditukarkan lokasi kerja. Ujian bertimpa-timpa. Saya ceritakan satu persatu agar dapat dijadikan teladan oleh pembaca sekalian.
Sebelum saya mengandung anak kedua, saya hantar anak sulung saya umur setahun setengah pada mak setiap hari sebelum saya ke pejabat. Mak yang jaga anak sulung saya dari pagi sampai saya balik kerja. Lepas ambik anak saya akan terus balik rumah sendiri. Dari Isnin sampai Sabtu (memandangkan saya bekerja separuh hari Sabtu). Begitulah rutin saya selama hampir dua tahun. Mak tak pernah merungut. Saya tahu ini kesilapan besar seorang anak yang menghambakan ibu untuk menjaga anak saya. Duit gaji saya hanya berikan pada mak setelah saya bayar semua komitmen saya. Kalau tak cukup, tak adalah duit yang akan saya beri pada mak. Sebab itu saya tak hantar anak di rumah pengasuh sebab duit gaji tak cukup. Saya tahu saya salah! Saya tahu saya buat silap! Semoga Allah ampunkan dosa2 saya pada mak.
Sepanjang anak saya dalam jagaan mak, jadual mak telah berubah. Mak tak dapat lagi ke kelas mengaji kerana menjaga anak saya, mak terpaksa korbankan masanya semata2 kerana beban yang saya dah letak pada mak. Kadang2 ada hari yang mak tak sihat, mak demam tapi saya masih mahu ke pejabat dan terpaksalah mak menjaga anak saya dalam keadaan kesihatan dia yang tak mengizinkan. Ayah juga banyak korbankan masanya untuk jaga anak saya sekali sekala bila mak dah tak larat sangat. Kadang2 saya balik kerja lewat malam terpaksalah ayah dan mak batalkan hasrat untuk ke kuliah maghrib di surau berdekatan kerana tiada siapa yang akan jaga anak saya.
Suami? Mesti pembaca tertanya2 apa peranan suami saya sampai anak pun tak boleh nak hantar ke pengasuh. Suami saya kadang kala syarikat hantarnya ke luar negara. Gaji dia memang banyak tapi tak tahu kenapa kami sentiasa rasa tak cukup.. semakin hari hidup saya macam kucar kacir. Hutang sana sini. Maka bermulalah ujian satu persatu datang. Selepas saya mengandung anak kedua, syarikat suami bekerja mengarahkannya supaya dihantar ke luar negara selama 5 tahun bergantung pada jangkamasa projek. Suami enggan terima arahan tersebut sehingga dapat surat amaran ketiga yang menyatakan suami dibuang dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat amaran terakhir tersebut. Banyak faktor suami enggan ke sana selama 5 tahun. Berbalik kisah saya dibuang kerja, masa dalam pantang saya terima panggilan dari pejabat menyatakan saya punya kerja telah diaudit dan mereka jumpa dokumen yang telah saya tandatangan bagi pihak klien. Disebabkan dokumen itu saya diberhentikan serta merta dan diminta datang ke pejabat untuk mengesahkan isu berkenaan. Saya terima silap saya dan redha atas apa yang terjadi. Sekarang, keadaan saya betul2 kucar-kacir. Dengan tak ada kerja, dengan suami yang akan diberhentikan dan masih belum dapat panggilan temuduga, dengan komitmen2 yang berlambak yang perlukan duit setiap bulan.. memang tertekan.
Dipendekkan cerita, kakak saya yang mengetahui khabar saya kemudian mesej dan kata-katanya buat saya betul2 insaf. Dalam mesejnya,
“Tina, kakak tak pernah nak masuk campur urusan hidup Tina tapi kalau Tina boleh fikir balik, semua ujian yang datang pada Tina dan suami sekarang mungkin disebabkan tergurisnya hati mak ayah pada Tina. Mak tak cakap pada Tina sebab taknak Tina dan suami kecil hati. Tapi kakaklah yang selalu jadi pendengar mak. Mak setiap hari call kakak bagitahu mak penat sangat tapi tak dapat rehat sebab menjaga anak Tina. Mak tak pernah minta duit Tina dan suami. Mak sayang cucu mak tapi mak perlu masa untuk diri mak sendiri. Mak perlu hadir ke kuliah agama dan kelas mengaji sebab mak suka aktiviti2 tu. Tapi Tina tak pernah faham mak. Tina tau tak kalau hati mak dah terguris sikit pun, apa saja yang Tina buat takkan menjadi. Apa jadi bila mak tak redha atas apa yang Tina buat? Tina ambiklah masa dan fikir balik”.
Ya Allah…. aku betul2 dah buat silap. Aku nak berjaya tapi aku tak dapat redha mak. Aku selalu ingat mak okay sebab mak tak pernah mengeluh dan mengadu pada aku macam2. Mungkin hidup aku kucar kacir sebab aku dah buat mak ayah aku terasa hati dengan perbuatan aku yang aku sendiri tak sedar.. aku insaf. Aku solat taubat agar Allah ampunkan dosa aku. Aku mintak maaf kat mak ayah.
Semoga kisah aku ni boleh jadi iktibar buat pembaca. Pada yang masih menghambakan mak ayah korang, tengok macam mana kehidupan korang saat ni. Bahagiakah? Sama2 kita perbetulkan silap kita selagi masih ada masa.
– Tina
Sumber: IIUMC
via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVukz3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment