Inilah Revolusi Pengangkutan Awam Negara
Pada tarikh 16 Disember 2016, satu sejarah tercipta apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 1 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Semantan. Dengan perlancaran ini, ianya telah memberi kemudahan pengangkutan awam tahap terbaik kepada penduduk sekitar menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur.
Hari ini, pada tarikh yang cukup menarik, 17 Julai 2017, Datuk Seri Mohd Najib sekali lagi merasmikan sambungan MRT Fasa dua yang melengkapkan perjalanan antara Sungai Buloh ke Kajang yang memakan jarak sejauh 51 Kilometer.
Ini bukanlah satu projek yang dirancang atau cetusan idea mana-mana pihak. Ianya adalah perancangan jangka panjang kerajaan disebalik penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) yang ditubuhkan khusus untuk menjadikan industri pengangkutan awam berada pada tahap paling optimum.
Setelah beberapa kajian dilakukan termasuk keadaan Kuala Lumpur yang benar-benar memerlukan satu anjakan paradigma pengangkutan awam, maka terhasillah perancangan jangka panjang pembinaan MRT yang akan menjadi pelengkap kepada pengangkutan awam di tengah-tengah ibu negara.
Sebelum ini, LRT, Komuter dan LRT II selain daripada bas dan teksi merupakan antara pengangkutan awam yang telah disediakan di Lembah Klang. Namun, hasil daripada kajian berterusan SPAD dan pelbagai agensi yang lain mendapati, jaringan pengangkutan awam sedia ada berkemungkinan tidak mampu menampung jumlah penduduk di Lembah Klang dan pesisirnya untuk masa yang akan datang.
Oleh yang demikian, dengan siapnya projek mega di Lembah Klang seperti MRT laluan 1 ini, ianya akan membolehkan orang ramai di sekitar Lembah Klang mendapat kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisyen selain daripada mampu mengurangkan kos, masa dan jarak perjalanan disamping mampu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.
Paling utama, apa yang kita saksikan hari ini menjadi satu lagi kemajuan dan revolusi kepada pengangkutan awam darat negara yang cukup mementingkan keperluan setiap seorang rakyat Malaysia. Projek MRT bukanlah satu projek untuk mengayakan sesetengah pihak. Sebaliknya projek ini adalah untuk rakyat Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6eX70
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment