(VIDEO) Pemilik Anjing Ini Terkejut Apabila Anjing Miliknya Melahirkan Anak Berwarna Hijau..
LOUISE Sutherland adalah pemilik seekor anjing bernama Rio, yang berusia tiga tahun.
Namun baru-baru ini, Rio telah melahirkan sembilan anak dan anehnya salah satu anak anjing yang dilahirkan itu mempunyai bulu berwarna hijau.
Keadaan ini menyebabkan Sutherland tertanya-tanya punca yang mengakibatkan anjing berkenaan berwarna sedemikian rupa sedangkan anak anjing yang lain berwarna keemasan seperti ibunya,
Rupa-rupanya ia disebabkan oleh pigmen `hijau’ yang dipanggil billiverdin yang terdapat pada plasenta anjing.Keadaan luar biasa ini dikatakan hanya berlaku tiga kali di dunia.
Disebabkan warna anak anjing itu hijau, maka Sutherland yang berasal dari Golspie di Scottish Highlands, telah menamakannya `Forest’ sesuai dengan warnanya.
Semua anak anjing itu diletakkan di dalam satu tempat namun Forest lebih istimewa dan ia dipelihara sendiri oleh Sutherland di dalam rumah.-Pen Merah Press.
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uu1cCE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment