Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenama Telefon Mewah, Vertu Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenama Telefon Mewah, Vertu Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran

Vertu merupakan salah satu jenama telefon pintar mewah yang telah dimulakan oleh Nokia pada era kegemilangan mereka. Sejak daripada itu, ia telah bertukar beberapa tangan, dan terkini ia dimiliki oleh jutawan Murat Hakan Uzan.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Vertu akan menutup operasi pengeluaran mereka di UK disebabkan oleh hutang. Ia dikatakan Vertu mempunyai hutang sekitar £138 juta, dan penutupan ini akan memberikan kesan terhadap lebih 200 pekerja di sana. Ia turut dikatakan hanya bahagian pengeluaran sahaja yang terkesan dengan perkara ini, sementara bahagian lain masih beroperasi seperti biasa buat masa ini.

Perkara ini semestinya mengejutkan ramai, memandangkan hanya sebulan yang lepas Vertu menandatangani perjanjian bersama TCL Communication.

Uzan akan kekal memegang jenama, teknologi dan perlesenan milik Vertu – dan dikatakan akan melihat untuk membangunkan kembali telefon Vertu – tetapi tidak diketahui bilakah ia akan dilakukan.

Memandangkan pada hari ini terdapat sejumlah besar pilihan peranti – termasuk lebih ramai yang memilih produk keluaran Apple sebagai produk mewah, maka ia mungkin sedikit sukar untuk Vertu bersaing terus dengan jenama-jenama lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tQQNyE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.