Hi! Welcome Back and Stay Tune! jurulatih fisioterapi bunuh diri kantoi liwat 3 pelajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

jurulatih fisioterapi bunuh diri kantoi liwat 3 pelajar

jurulatih fisioterapi bunuh diri kantoi liwat 3 pelajar|Seorang lelaki yang juga suspek kes cabul dan liwat tiga pelajar sebuah sekolah ditemui mati dipercayai menggantung dirinya di dalam bilik hotel di Ipoh, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 54 tahun itu bertindak demikian selepas tiga pelajar sekolah di Ipoh berusia 14 dan 15 tahun membuat laporan polis mendakwa diri mereka diliwat dan dicabul lelaki berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, polis menerima maklumat daripada hotel berkenaan kira-kira jam 5.40 petang kelmarin yang menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tergantung.

Katanya, pada Isnin lalu, polis menerima laporan daripada tiga pelajar sekolah berkenaan mendakwa lelaki berkenaan yang juga jurulatih fisioterapi sekolah mereka bertindak meliwat dan mencabul mereka.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku antara Mei 2016 hingga Mac lalu di rumah lelaki berkenaan dan bilik hotel.

“Lelaki berkenaan dipercayai akan memberi pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan dan mangsa kemudiannya akan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum diliwat serta dihisap kemaluan,” katanya dalam kenyataannya di Ipoh hari ini.

Tian Kee berkata, lelaki berkenaan kemudiannya didakwa akan membawa mangsanya untuk membeli telefon bimbit, baju, seluar dan kasut bagi menutup perbuatannya itu.

Katanya, polis sedang melakukan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

The post jurulatih fisioterapi bunuh diri kantoi liwat 3 pelajar appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h4ZxOI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.