Kajol di Masjid India pukul 6 petang ini
KUALA LUMPUR - Selepas demam Kareena Kapoor datang ke Malaysia pada awal bulan lalu, peminat filem Hindustan di negara ini berpeluang bertemu dengan seorang lagi bintang Bollywood terkenal Kajol, di Masjid India di sini kira-kira pukul 6 petang ini.
Kehadiran bintang filem kesayangan ramai itu adalah bersempena dengan sesi mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul VIP2.
Selain Kajol, 43, antara bintang lain yang akan memeriahkan sesi bertemu peminat yang bermula pada pukul 6 petang ini adalah, Dhanush dan Sondarya, anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth.
Kehadiran Kajol ke Malaysia diterbangkan khas oleh Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. selaku syarikat produksi yang mendapat hak menayangkan filem berkenaan di Malaysia.
Terdahulu, filem VIP yang pertama pernah ditayangkan pada tahun 2014.
Lebih menarik, VIP2 yang dijangka menemui penonton di pawagam pada bulan Ogos depan akan diterbitkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEAkOv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment