Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keputusan terbaik Sarawak tubuhkan Malaysia bersama Sabah, Tanah Melayu —Tun Abdul Taib Mahmud - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keputusan terbaik Sarawak tubuhkan Malaysia bersama Sabah, Tanah Melayu —Tun Abdul Taib Mahmud

KUALA LUMPUR:  Sarawak membuat keputusan yang terbaik apabila memilih untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama Sabah dan Tanah Melayu pada September 1963, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Keputusan itu membawa banyak faedah kepada Sarawak khasnya  dari segi pembangunan dan pemodenan, kata beliau semasa berucap pada Syarahan Negarawan Negeri Sarawak di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.

Beliau berkata Sarawak tidak mungkin menikimati kemajuan sepesat hari ini jika ia memilih untuk menjadi sebuah negara berasingan.

“Keputusan untuk sama-sama membentuk Malaysia telah menjadikan Sarawak sebuah negeri yang lebih kuat dan makmur.  Pembangunan yang kini dinikmati di Sarawak juga adalah hasil perkembagan ekonomi yang berlaku di Semenanjung Malaysia

“Tidak dinafikan Sarawak dan Sabah telah mendapat banyak keuntungan dan faedah kerana menjadi anggota dalam Malaysia,” kata beliau.

Abdul Taib, yang pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun, berkata beliau yakin masa depan Sarawak bersama-sama Malaysia adalah terjamin.

Menurutnya hubungan dua hala Sarawak dan kerajaan pusat juga amat baik selain sebarang perbezaan dasar dan pendapat ditangani dengan perundingan.

“Soal kerjasama kerajaan pusat dan negeri bukan lagi soal politik yang hangat seperti dulu. Ia adalah soal praktikal yang harus diatasi dengan perundingan.

“Sejauh saya boleh nampak dengan pengalaman saya sendiri, kerjasama pusat dan negeri cukup baik. Kita tidak ada masalah begitu besar sehingga dapat menimbulkan konfrontasi ataupun sehingga mewujudkan dasar yang mendiskriminasikan.

“Oleh itu, bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam menjalankan politik kita, integrasi Malaysia akan berjalan seterusnya tetapi mengikut keupayaan yang diterima oleh rakyat, dan bukan secara terlalu terbuka sehingga orang lain yang bukan orang Malaysia boleh mengambil peluang daripadanya untuk merosakkan hubungan,” kata beliau.

Mengenai kemajmukan etnik dan fabrik sosial di Sarawak, Abdul Taib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan terus menekankan kepada politik pembangunan sebagai teras utama kepimpinan BN.

Beliau berkata untuk menghadapi masa hadapan dan memastikan pembangunan ekonomi negeri yang mapan, Sarawak membuka pelbagai peluang untuk anak muda Sarawak meningkatkan kemahiran diri supaya boleh menceburi ekonomi baharu yang diwujudkan hasil limpahan aktiviti ekonomi sedia ada serta dalam industri-industri yang lebih canggih.

Dalam menuju ke arah itu, beliau berkata usaha untuk menyusun semula sistem pembelajaran di Sarawak yang menjurus kepada pembelajaran teknikal juga perlu dilakukan supaya sesuai dengan permintaan industri untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Ini satu perkara yang tidak menjadi kontroversi kalau kita aturkan satu generasi lebih awal  dengan dasar-dasar yang cukup baik dalam bidang pelajaran,” kata beliau. Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t94Imy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.