Kit Siang tercicir, Mahathir-Anwar berganding
Selepas 19 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergandingan sebagai pembangkang selepas dipilih mengetuai Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-14.
Bagaimanapun Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tercicir daripada senarai tidak kelihatan ketika pengumuman dilakukan selepas empat jam mesyuarat di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, malam semalam.
Senarai itu menyaksikan Anwar yang sedang dipenjara di Sungai Buloh, diangkat menjadi Ketua Umum, manakala bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir hanya dilantik sebagai pengerusi.
Manakala jawatan Presiden dipegang oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagi jawatan Timbalan dipangku oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAN, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Empat orang Naib Presiden adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah bertindak sebagai Ketua Setiausaha manakala wakil rakyat DAP, M Kulasegaran dilantik menjadi Bendahari.
Sementara itu, selain Kit Siang, dua ketua negeri terkaya negara iaitu Guan Eng dan Azmin Ali juga tidak hadir, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa berkemungkinan senarai berkenaan tidak dipersetujui semua pihak dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, PAN dan PPBM.
Malah terdapat juga spekulasi bahawa Pakatan Harapan masih gagal menghantar pendaftaran mereka sebagai sebuah gabungan sah kepada Pendaftar Pertubuhan (Ros) susulan terdapat pertikaian terhadap senarai keanggotaan Majlis Presiden,
Bagaimanapun semasa pengumuman, Dr Mahathir mendakwa kesemua pihak bersetuju dengan struktur berkenaan.
Sebelum ini, sebuah portal berita meramalkan bahawa Kit Siang tiada dalam senarai Majlis Presiden sehingga menimbulkan persoalan apakah fungsi sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO enggan mengulas lanjut terutama berkaitan calon perdana menteri mereka.
“Yang itu kita akan isytihar tak lama lagi.
“Buat masa ini, kita akan menumpukan pendaftarkan pada ROS sebagai sebuah parti sejurus selesai melengkapi semua struktur organisasi,” kata beliau yang juga melancarkan logo baharu Pakatan Harapan yang mempunyai warna sama seperti logo PPBM.
Walaupun tidak menamakan calon Perdana Menteri mereka, Dr Mahathir menegaskan bahawa pihak pembangkang akan memberi komitmen tinggi bagi membebaskan Anwar jika parti itu berjaya menjadi kerajaan Persekutuan.
Namun Anwar dilihat adalah calon utama menjadi Perdana Menteri selepas diangkat dalam posisi Ketua Umum.
Di dalam sistem politik Indonesia, Ketua Umum selalunya diangkat menjadi ketua negara bagi membentuk kerajaan sekiranya sesebuah parti mendominasi pilihanraya umum. - BNBBC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viKbst
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment