Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lamaran mengejut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lamaran mengejut

PELAKON Mawar Rashid, 23, terharu apabila menerima lamaran istimewa daripada kekasihnya Radan Ahmad Faizal Yaacob yang menyusun ratusan kuntum bunga ros menjadi ayat: ‘Will U Marry Me?’

Radan Ahmad Faizal, 31, yang juga dikenali sebagai Raf turut menyusun bunga ros berwarna merah dan putih itu dalam bentuk bulatan sebelum dia melutut sambil memberikan sebentuk cincin kepada Mawar.

Mawar berkata, Raf melamarnya pada 7 Jun lalu tetapi dia hanya berkongsi gambar itu di Instagram semalam.

Mawar yang terkejut dengan lamaran itu berkata, pada hari berkenaan Raf yang juga adik kepada penyanyi dan chef, Datuk Fazley itu mengajaknya keluar berbuka puasa bersama dan memintanya mengenakan pakaian berwarna putih.

“Sebaik tiba di lokasi terbabit, dia meminta saya menutup mata. Saya terkejut apabila dia melamar dan melakukan segala persiapan seorang diri,” katanya.

Menurut Mawar, dia tidak menyangka Raf akan melakukan lamaran dengan cara istimewa itu.

“Walaupun saya tahu dia seorang yang romantik, tapi saya tak sangka dia akan melakukan semua itu kerana kami sudah pun berbincang mengenai perkahwinan sebelum itu,” katanya.

Mawar berkata, mereka merancang melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. Bagaimanapun, belum ada sebarang tarikh ditetapkan.

“Walaupun kami baru berkenalan pada awal tahun ini, saya nampak kesungguhan dan tanggungjawab Raf . Walaupun dia berstatus duda tetapi saya terima dia seadanya,” katanya.

The post Lamaran mengejut appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZF7Lh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.