Malaysia Raih Suntikan Semangat
SKUAD bawah 22 tahun (B-22) negara meraih suntikan moral terbaik sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 selepas kemenangan 2-0 ke atas pasukan B-22 Myanmar dalam aksi pemanas badan malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan menerusi N. Thanabalan pada minit ke-26. Saat cemas berlaku apabila pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed terpaksa menunda perlawanan selama empat minit selepas serpihan bumbung stadium dilihat berterbangan ekoran angin kencang dan hujan lebat pada minit ke-33.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang keghairahan skuad muda negara memburu gol apabila mereka memperoleh beberapa peluang untuk menggandakan jaringan hasil gerakan daripada Jafri Firdaus Chew.
Begitupun, percubaan tepat penyerang Pulau Pinang itu gagal dijelmakan sebagai jaringan buat pasukan negara pada minit ke-43 dan ke-45. Bersambung pada babak kedua, faktor padang becak akibat hujan lebat menyebabkan rentak permainan sedikit terjejas.
Pasukan pelawat yang dibimbing Gerd Zeise mempamerkan kebangkitan tetapi penjaga gol, Mohd. Ifwat Akmal berjaya menggagalkan setiap percubaan tepat skuad Myanmar.
Skuad negara terus ghairah mengasak benteng pertahanan pasukan lawan dan hasilnya pemain gantian, Muhammad Danial Ashraf Abdullah melengkapkan kemenangan Malaysia apabila meledak gol kedua pada minit ke-86.
Pasukan negara yang turun sebagai tuan rumah acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan, akan berlepas ke Bangkok, Isnin ini dalam misi untuk layak ke pusingan akhir kejohanan Piala AFC B-23 di China pada 2018.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uY6p3h
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment