Michael Kors beli Jimmy Choo dengan harga RM5.13 bilion
MICHAEL Kors, bersetuju membeli syarikat fesyen Britain, Jimmy Choo, dengan harga AS$1.2 bilion (RM5.13 bilion) dalam usaha syarikat pengeluar beg tangan Amerika Syarikat itu memasuki pasaran fesyen mewah.
Menurut laporan BBC News, kasut Jimmy Choo pernah muncul dalam siri televisyen 1990-an, Sex and the City, dan masih dipakai selebriti, termasuk Duchess of Cambridge, Beyonce dan Kendal Jenner.
Jimmy Choo dari Malaysia mengasaskan syarikat itu pada 1996 bersama bekas wartawan majalah Vogue, Tamara Mellon.
Pada 2001, Mellon bersama sebuah syarikat persendirian membeli syarikat berkenaan daripada Jimmy sebelum Mellon meninggalkan Jimmy Choo untuk perniagaan pakaiannya sendiri.
Pada 2014, Jimmy Choo disenaraikan di Bursa Saham London yang ketika itu JAB milik keluarga bilionair Jerman, Reimann, adalah pemegang saham utama.
Sumber: Metro
Sumber Michael Kors beli Jimmy Choo dengan harga RM5.13 bilion
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKe0FM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment