Mudahnya Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim!
Kita masih lagi berada dalam musim perayaan hari raya Aidilfitri walaupun ramai yang sudah mula bekerja sejak isnin lepas.
Kini hujung minggu pasti ramai yang sibuk memenuhi undangan rumah terbuka sempena hari raya dan kebanyakan tuan rumah menghidangkan nasi impit, kuah kacang dan rendang kepada tetamu.
Jika anda ingin membuat rumah terbuka, anda boleh membuat nasi impit sendiri menggunakan plastik aiskrim. Ia sangat mudah, cepat dan menjimatkan.
Cara-cara untuk membuatnya juga mudah untuk anda ikuti. Kami kongsikan bahan dan cara untuk membuat nasi impit menggunakan plastik aiskrim di bawah ini.
Bahan-bahan
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Cara-cara
– Cuci beras dan toskan sehingga kering.
Sumber dari kakazz.blogspot.my– Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
Sumber dari kakazz.blogspot.my– Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
– Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
– Rebus sehingga masak.
– Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
– Siap!
Sumber: Vitdaily
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukE8Gj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment