Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan ‘Pelik’ Ada 3 Bos! Siapa Bos Sebenar? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan ‘Pelik’ Ada 3 Bos! Siapa Bos Sebenar?

LUCU dan kelakar… Pakatan Harapan nampaknya terpaksa mengambil jalan keluar dengan lantik tiga orang bos secara serentak untuk elak sengketa sesama mereka sendiri yang agak parah.

Ia konon untuk menunjukkan seolah-olah blok pembangkang mengandungi empat parti komponen itu berpadu tenaga untuk menentang perikatan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu lewat malam Khamis terpaksa melantik orang yang masih dalam penjara atas kesalahan meliwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.

Manakala mantan bos beliau ketika dalam BN dan UMNO, Tun Dr. Mahathir Pengerusi diumum sebagai pengerusi pakatan dan lebih hebat, isteri Anwar pula, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail menjadi presiden.

Soalan cepumas sekarang… siapakah bos sebenar kerana struktur kepimpinan pakatan ini berbeza dengan gabungan parti politik lain termasuk BN yang hanya diketuai oleh seorang presiden diketuai UMNO.

Mesyuarat itu tidak menamakan siapa calon Perdana Menteri mereka namun memutuskan akan memulakan proses memohon pengampunan Anwar daripada Yang Dipertuan Agong dalam tempoh seminggu jika menang PRU.

Kalangan pemerhati politik tempatan menilai keputusan pelik dibuat dalam mesyuarat pakatan yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor itu adalah sesuatu yang memang dijangka.

Ia malah jelas mengambarkan langkah terdesak pakatan untuk ‘sapu sampah di bawah permaidani’. Atau lebih tepat lagi dikatakan sekadar menujuk mereka konon berpakat untuk berpakat.

Senario kepimpinan seumpama itu bahkan dikatakan boleh mencetuskan pelbagai ketidaktentuan. Ibarat kata belum menang PRU lagi untuk menawan Putrajaya, semua memang nampak cantik sahaja.

Sebaliknya jika menang, kemungkinan berlaku ‘ perang besar’ dalam perebutan jawatan dan sebagainya. Ia dapat dilihat dalam Pakatan Rakyat selain Barisan Alternatif dan Angkatan Perpaduan Ummah dahulu.

Dalam usaha menentang BN yang guna satu logo dacing berlatarkan warna biru, mesyuarat itu juga memutuskan pengunaan logo bersama yakni tulisan ‘ Harapan’ dengan logo puncak gunung berlatarkan warna merah.

Selain jawatan utama, pakatan turut mengumumkan ketua tiga parti komponen lain yakni Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN, Mohamed Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Timbalan Presiden.

Empat jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Mahathir yang bertindak sebagai jurucakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan turut ditanya apakah Anwar memang calon Perdana Menteri pakatan itu mengikut struktur kepimpinan yang diputuskan.

Beliau sebaliknya berdolak-dalik membayangkan bahawa akan ada Perdana Menteri lain terlebih dahulu untuk sementara kerana pelantikan Anwar yang berada di penjara tidak boleh dibuat serta merta.

“Dia akan dibebaskan hasil usaha perdana menteri yang terdahulu daripadanya, kita akan mohon supaya dia dapat pengampunan diraja dan selepas itu kita akan melalui proses undang-undang,” katanya.

Ironi bimbang berlaku kekecohan, ujar Mahathir lagi, siapakah orang berkenaan yang bakal menjadi perdana menteri yang ketujuh itu hanya akan diisytiharkan tidak lama lagi.

Seperti biasa mesyuarat Pakatan itu juga mengumumkan beberapa ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan termasuk menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2up8XKP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.