Pasar Gantung Terbakar, Lebih 50 Gerai Musnah
TAWAU – Lebih 50 gerai hilang sumber pendapatan selepas lima kedai menempatkan premis perniagaan menjual pelbagai barangan kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan lima premis perniagaan – kedai emas, kasut, pakaian dan kedai menjual beg serta sebuah hotel bajet turut terbakar.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.
“Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut, bagaimanapun hotel lain berdekatan, masjid serta lot kedai lain berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Faisal berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 7.23 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan di tempat kejadian.
Salah seorang saksi kejadian, Alias Alimuddin, berkata kebakaran bermula sebaik azan Subuh dilaungkan pada jam 4.41 pagi tadi.
“Kebakaran bermula dari hujung gerai berhampiran dengan pagar masjid bandar…api mula marak dari sebelah pagar masjid dan terus merebak ke gerai lain,” katanya.
Kebakaran pagi ini merupakan ketiga dalam masa dua minggu di Tawau selepas kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4, pada 1 Julai lepas dan di Jalan Tawau Lama, Batu 2, Isnin lalu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upoPgE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment