Pekerja selenggara terperangkap 'dalam' mesin ATM
Menurut laporan saluran televisyen KRIS TV, kejadian pelik tapi benar itu berlaku apabila lelaki itu dipercayai terperangkap ketika melakukan kerja-kerja selenggara selepas salah satu kunci mengalami kerosakan.
Situasi cemas itu disedari seorang pengguna mesin ATM berkenaan apabila mesin itu mengeluarkan sekeping kertas bertulis tangan.
Ia bertulis "Tolong saya. Saya terperangkap di dalam dan tiada telefon. Tolong hubungi bos saya".Kertas itu kemudiannya dibawa kepada pihak polis, namun pada mulanya mereka beranggapan ia merupakan satu 'prank' (gurauan).
Namun apabila polis memeriksa mesin berkenaan, mereka dapat mendengar suara lelaki itu meminta tolong dan segera menghubungi syarikat penyelenggaraan tersebut.
Lelaki itu terperangkap selama dua jam, dan dibebaskan selepas identiti dan pekerjaannya disahkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upghGn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment