Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelakon Didie Alias Disaman Sebanyak RM400,000..Jom Baca Puncanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelakon Didie Alias Disaman Sebanyak RM400,000..Jom Baca Puncanya

Pelakon Didie Alias Disaman Sebanyak RM400,000



Penerbit drama dan filem, Datuk Rafena Ezanee Ramli telah menfailkan saman terhadap pelakon popular, Didie Alias atas dakwaan pelanggaran kontrak dan mengaibkannya menerusi media sosial.

Hakim menetapkan tarikh 14 November yang akan berlangsung selama empat hari ketika kes berkenaan disebut dihadapannya di dalam kamar hakim.

Rafena Ezanee dan Didie Alias kedua-duanya dilihat hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing.

Melalui saman yang difailkan oleh Rafena dan juga syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. (Dark Wave) pada 21 Mac lalu, kedua-duanya menamakan Didie Alias sebagai defendan.

Kedua-dua plaintif da-lam pernyataan tuntutan saman tersebut menyatakan defendan merupakan penerbit eksekutif bagi satu rancangan travelog Street Food Asian sebanyak 13 episod yang merupakan program terbitan Dark Wave.

Dalam penyataan tuntutan saman itu, pihak dari Rafena telah mendakwa Didie Alias telah menerima RM7,000 untuk melakukan kerja-kerja penerbitan travelog itu.

Namun, Didie Alis dikatakan telah sengaja, cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Oktober tahun lalu.

Ini telah menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kerugian.

Sumber: Kosmo

Sumber Pelakon Didie Alias Disaman Sebanyak RM400,000..Jom Baca Puncanya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ufZOUF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.