Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sasar Jual 700 Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sasar Jual 700 Kereta



Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) menyasarkan jualan 700 unit sebulan bagi model kenderaan terkininya, CR-V Serba Baru yang dijuruterakan semula sepenuhnya. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Katsuto Hayashi berkata, CRV generasi kelima itu menawarkan rangkaian ciri baru yang komprehensif daripada aspek luaran, dalaman, rangkaian kuasa dan teknologi keselamatan tercanggih.

Menurutnya, ia dilengkapi teknologi termaju iaitu Honda Sensing dan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang akan menjadi penanda aras baru untuk segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) di Malaysia.

“Kami yakin model ini membantu syarikat mencapai sasaran jualan 100,000 unit menjelang hujung tahun ini,” katanya pada majlis pelancaran Honda CR-V Serba Baru, di sini, semalam.

Sehingga kini, 68,000 unit Honda CR-V berjaya dijual di seluruh negara dengan generasi keempat yang dilancarkan pada 2013 mencatatkan jualan tertinggi iaitu 30,000 unit sehingga Jun lalu, sekali gus menjadikan ia sebagai SUV paling laris dalam segmennya.

Sebanyak empat varian ditawarkan bagi CR-V Serba Baru iaitu 2.0L 2WD yang ditawarkan pada harga RM142,400, 1.5L Turbocharged 2WD (RM155,700), 1.5L Turbocharged 4WD (RM161,600) dan 1.5L Turbocharged Premium 2WD (RM167,700).

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akhbar Danial berkata, syarikat itu berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan kenderaan tahun ini berdasarkan jualan 52,000 unit yang dicatatkan sehingga Jun lalu. Menurutnya, Honda City adalah model paling laris dijual dengan menyumbang 30 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat diikuti BR-V dan Jazz .

“Kami optimis mencapai sasaran 100,000 unit pada tahun ini melalui model terbabit dan dua model baru lagi yang bakal dilancarkan tahun ini,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tShD9u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.