Tak Perlu Habiskan Antibiotik - Pakar
PARIS : Sekumpulan pakar penyakit di Britain mencadangkan supaya amalan menghabiskan antibiotik dihentikan kerana ia adalah antara punca masalah peningkatan rintangan ubat.
Pasukan itu menerusi jurnal perubatan BMJ memaklumkan bahawa punca rintangan antibiotik adalah penggunaannya secara berlebihan berbanding menghentikan pengambilan terlalu awal.
"Kami menggalakkan penggubal dasar, pendidik dan doktor supaya berhenti menyuruh pesakit menghabiskan antibiotik.
"Sebaliknya mereka patut memaklumkan amalan menghabiskan antibiotik ini tidak berasaskan bukti dan sesuatu yang tidak betul," kata pasukan itu yang diketuai pakar penyakit berjangkit, Martin Llewelyn dari Fakulti Perubatan Brighton dan Sussex.
Pasukan itu berpendapat kajian lanjut perlu untuk mencari kaedah alternatif, namun pesakit sepatutnya menghentikan rawatan apabila mereka merasa sihat. - Berita Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uElgAx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment