Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Tolong Telefon Bos Saya!' - Pengguna Jumpa Resit ATM Minta Tolong Dari Lelaki Terperangkap Dalam Bilik Mesin ATM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Tolong Telefon Bos Saya!' - Pengguna Jumpa Resit ATM Minta Tolong Dari Lelaki Terperangkap Dalam Bilik Mesin ATM


Apa perasaan terperangkap dalam satu bilik dan tiada siapa yang datang untuk menolong? Pasti trauma kan. Apa yang terjadi kepada seorang pekerja di Texas, Amerika Syarikat menggunakan kaedah yang tidak disangka! 

Pekerja penyelenggaraan itu meminta tolong dengan menulis nota meminta untuk dikeluarkan melalui mesin ATM tempat dimana dia terperangkap. Dia dipercayai sedang membaiki tombol pintu yang rosak sebelum terperangkap di dalam bilik ATM tersebut. 

Menerusi nota tersebut, mangsa memberitahu dia tidak membawa telefon serta alat yang digunakan untuk membuka pintu dan meminta untuk menelefon bosnya. Nota tersebut dikeluarkan melalui tempat resit ATM itu. 

'Minta tolong. Saya terperangkap di sini dan tidak mempunyai telefon. Tolong panggil bos saya' beserta dengan satu nombor telefon. Mujur seorang pengguna ATM menyedari akan nota lelaki tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran. 

Pada mulanya, pihak polis juga menyangka ianya adalah satu gurauan seperti di dalam rancangan televisyen. Setelah pihak polis menyiasat, anggota polis tersebut tiba-tiba mula bercakap. 

“Memang betul kami mendengar suara dari dalam mesin ATM itu,” kata anggota polis, Richard Olden. Anggota polis menemui beberapa nota yang ditulis oleh mangsa dan berjaya membuka pintu tersebut. Selepas semuanya disahkan oleh pihak polis, lelaki itu dibebaskan kerana tiada kejadian jenayah yang berlaku. Lelaki tersebut dipercayai terperangkap selama dua jam. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sWixAB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.