Hi! Welcome Back and Stay Tune! U Mobile Membuka Kedai Utama Pertama Mereka Di Berjaya Times Square - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U Mobile Membuka Kedai Utama Pertama Mereka Di Berjaya Times Square

Dalam arus teknologi yang berkembang pesat dan meningkatkan pembelian atas talian, kedai utama (flagship) masih menjadi pilihan untuk pengguna mendapatkan maklumat lanjut, disamping mencuba peranti baru atau mendapatkan sebarang bantuan. Pada hari ini U Mobile telah merasmikan kedai flagship pertama mereka di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Di lokasi tersebut, terdapat dua bahagian dan pada tingkat G, kedai konsep tersebut merupakan ruang pameran peranti. Peranti yang dipamerkan disini boleh dicuba pengguna dan pihak U Mobile turut menyatakan peranti Apple yang diletakkan disini turut menepati piawaian Apple Customer Experience.

Pada tingkat kedua, terdapat ruang layanan pelanggan U Mobile dimana pengguna boleh hadir dan melakukan urusan berkaitan, termasuklah pendaftaran, membaikpulih peranti, menyelesaikan masalah berkaitan langganan dan pelbagai lagi.

Kedai konsep ini beroperasi mengikut waktu Berjaya Times Square beroperasi iaitu dari 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v13AkO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.