Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Usia Begini Jangan Ingat Saya Tak Fikir ‘Di Sana’” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Usia Begini Jangan Ingat Saya Tak Fikir ‘Di Sana’”

Nama ibu kepada pelakon Rusdi Ramli iaitu Norlia Ghani baru baru ini menjadi sebutan dan juga tohmahan sesetengah warga laman sosial yang merasakan bahawa pelakon veteran ini lebih baik bertaubat daripada berlakon tanpa mengetahui perkara sebenar mengapa wanita ini menggagahkan diri untuk mencari rezeki.



“Biarlah apa orang nak kata… sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya. Yalah… kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit”

“Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat. Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?,” kongsinya kepada mStar Online.

Tambah Norlia, dia kini tinggal bersama seorang anak lelakinya yang tidak mampu bekerja kerana sakit dan sementara itu Rusdi Ramli tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya membantu ibunya itu.

“Alhamdulillah… pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahklan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari,” luah pelakon ini.

Semoga Norlia terus tabah dan dilimpahkan rezeki. Mahu buat macam mana, platform sosial media sekarang ini membuatkan orang bebas berkata kata sampai kadang kadang lupa cermin diri sendiri. Bertabah sajalah dalam mengharungi hidup di zaman sebegini.

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uZRusn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.