Hi! Welcome Back and Stay Tune! 54,103 Siswazah Menganggur 6 Bulan Lepas Tamat Pengajian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

54,103 Siswazah Menganggur 6 Bulan Lepas Tamat Pengajian



KUALA LUMPUR: Seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238,187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.

Beliau berkata kursus-kursus yang membabitkan kadar pengangguran paling tinggi ialah pendaftaran perniagaan, sains gunaan, pengurusan sumber manusia, perakaunan, sastera dan sains sosial.

"Jumlah itu bukan sahaja daripada Universiti Awam (UA) tetapi digabungkan bersama daripada institusi pengajian tinggi dan kolej swasta yang lain," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu jumlah kadar pengangguran dalam kalangan siswazah universiti di negara ini.

Idris berkata bagi menangani isu berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan beberapa program antaranya Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), program Dua Universiti + Dua Industri (2u2i) dan Fakulti CEO.

"Program-program ini kita wujudkan mengikut pelan pembangunan pendidikan negara dan (negara lain) di dunia yang tidak ada (program berkenaan), mereka sedang memerhatikannya. Sistem ini mampu melahirkan pelajar-pelajar yang lebih holisitik apabila mereka berada di alam pekerjaan," katanya.-- Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whQMHn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.