Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’
Peguam R Sivarasa mengesahkan kenyataan Anwar Ibrahim adalah sahih dan menafikan dakwaan timbalan pengarah (polis) Jabatan Penjara.
PETALING JAYA: Peguam R. Sivarasa menyangkal kenyataan Jabatan Penjara hari ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai keganasan politik sebagaimana dilaporkan beberapa portal Isnin lalu.
“Saya boleh mengesahkan Anwar membuat kenyataan pada 14 Ogos ketika saya berada di sana bersama beliau,” kata Sivarasa kepada FMT.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Anwar menyediakan kenyataannya.
Berita Harian hari ini memetik Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim sebagai mempersoalkan laporan beberapa media berdasarkan kenyataan dikeluarkan Anwar pada 14 Ogos memberikan respons terhadap insiden huru hara di forum “Nothing to Hide” sehari sebelum itu.
Anwar pada 14 Ogos dibawa keluar pegawai Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tuntutan saman fitnahnya terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
“Anwar dikawal oleh pegawai dan anggota Penjara sepanjang masa ketika berada di mahkamah,” kata Supri, yang menambah media tidak dibenarkan berjumpa Anwar sepanjang beliau berada di mahkamah pada hari itu.
Anwar kini menjalankan hukuman 5 tahun penjara sejak 2015, selepas disabitkan dengan tuduhan liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Mohd Azlan. FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i8XUjx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment