Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fed Fischer: Pelonggaran Regulasi Oleh Pentadbiran US Adalah ‘Merbahaya’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fed Fischer: Pelonggaran Regulasi Oleh Pentadbiran US Adalah ‘Merbahaya’

Usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk melonggarkan regulasi perbankan adalah “merbahaya”, kata orang nombor dua The Fed dalam satu temubual bersama Financial Times yang dikeluarkan pada Rabu.

Naib Pengerusi Federal Reserve Stanley Fischer berkata terdapat isyarat yang buruk untuk kembali kepada krisis kewangan 2008.

“Saya bimbang dengan sistem politik US yang mungkin akan membawa kita ke arah yang sangat bahaya,” kata Fischer.

“Ia mengambil masa hampir 80 tahun selepas 1930 untuk sekali lagi berhadapan dengan krisis kewangan yang sangat teruk. Dan sekarang selepas 10 tahun, semua orang mahu kembali kepada pelonggaran regulasi sebelum krisis kewangan 2008. Dan saya rasa ini benar-benar merbahaya.”

Ahli-ahli Republikan di US pada Jun telah mengundi untuk menggantikan rang undang-undang (Dodd-Frank) bagi mengurangkan regulasi dalam pasaran kewangan yang mana Dodd Frank digubal untuk mengatasi krisis kewangan 2008 agar tidak berulang sekali lagi.

Ahli-ahli bank pusat termasuk pengerusi The Fed, Janet Yellen dan Presiden ECB Mario Draghi akan menyertai mesyuarat pembuat polisi minggu depan yang akan diadakan di Jackson Hole, Wyoming.

The post Fed Fischer: Pelonggaran Regulasi Oleh Pentadbiran US Adalah ‘Merbahaya’ appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdmw15

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.