Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Potensi kenaikan kadar faedah The Fed semakin pudar apabila minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada pagi tadi menunjukkan, ahli-ahli bank pusat semakin bimbang dengan trend pergerakan inflasi. Minit tersebut juga menunjukkan “Kebanyakkan ahli melihat kadar inflasi akan kekal di bawah 2 peratus untuk jangka masa lebih lama daripada apa yang diramalkan, dan ada juga antara mereka menyatakan risiko pada inflasi ini cenderung bergerak ke bawah.”

2. Pasaran ekuiti global terkesan oleh agenda ekonomi Trump. Sentimen pasaran sedikit terganggu dengan kebimbangan terhadap kebolehan Trump membuat perubahan dalam polisi ekonomi selepas beliau membubarkan dua majlis penasihat perniagaan berprofail tinggi.

3. Harga minyak mentah dunia meleset ke paras terendah tiga minggu lalu apabila pengeluaran dari Amerika Syarikat capai paras tertinggi dua tahun lalu. Data EIA yang dikeluarkan semalam menunjukkan peningkatan  79,000 tong sehari kepada 9.5 juta tong minggu lepas.

4. ECB dilihat bimbang terhadap pengukuhan matawang Euro dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pukul 7.30 malam tadi. EUR/USD meningkat sehingga mencapai paras tertinggi dua setengah tahun lalu yang disebabkan oleh pengurangan risiko geopolitik Zon Eropah dengan kemenangan Macron. Selain itu, ECB sendiri menyatakan ia juga disebabkan oleh ketidaktentuan kenaikan kadar faedah US.

5. Pasaran buruh Australia terus meningkat pada bulan Julai berikutan majikan telah menaikkan gaji selama lima bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, laporan lebih tertumpu kepada peningkatan pekerjaan sambilan yang menjadi kebimbangan pasaran sebelum ini.

The post Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vLmIl4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.