Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah Tiba Masanya Pengundi Permatang Pauh Buat Perubahan - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah Tiba Masanya Pengundi Permatang Pauh Buat Perubahan - Najib


BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya bagi pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lepas untuk melawan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi secara rasminya gerakan itu boleh dikatakan berkubur apabila orang yang dilawan dahulu, membuat pusingan 360 darjah, dan kini bekerjasama dengan pembangkang.

"Takkan tak boleh buat perubahan di Permatang Pauh sebab reformasi dah tak ada. Reformasi ditubuhkan nak lawan orang yang dikatakan diktator, maha firaun, maha zalim, tetapi orang itu yang didakap pula...dah dakap jadi pengerusi (pakatan harapan)).

"Mana (ada) lagi semangat reformasi, dah tak ada reformasi. Bila sudah tak ada, kita tutup buku lama, buka buku baharu, " katanya.

Najib menegaskan bahawa sudah sampai masanya penduduk mengubah pendirian apabila Dr Mahathir sudah banyak kali membuat pusingan-U.

"(Justeru) Tuan-tuan pun kena buatlah 'u-turn' di Permatang Pauh," katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai, di sini hari ini.

Najib berkata sudah tiba masanya pengundi di Permatang Pauh membuat perubahan itu selepas PKR juga dilihat gagal membuat perubahan sepanjang berbelas tahun mewakili kawasan itu.

"Tidak banyak perubahan di sini. Tak tahu apa peranan Anggota Parlimen (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) selama ini, " katanya.

Oleh itu penduduk boleh buat perubahan dengan mengundi BN di Permatang Pauh, tegas beliau.

Perdana menteri berkata pembangkang tidak perlu bermain sandiwara politik kerana penduduk sudah celik dan sedar, maka sudah sampai masanya untuk kepentingan rakyat dijaga dengan menjadikan Malaysia lebih maju, lebih hebat dan lebih cemerlang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata berdasarkan sejarah, Permatang Pauh sememangnya kawasan kubu kuat BN tetapi landskap politik berubah pada tahun 1998 selepas Dr Mahathir memecat Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Perdana menteri berkata BN tidak pernah putus hubungan untuk berkhidmat di kawasan Permatang Pauh walaupun kawasan itu telah lama diwakili pembangkang.

BN sentiasa menunaikan janji dan bukan seperti pembangkang yang berjanji tetapi tidak melaksanakan apa yang dijanjikan, katanya.

Sambil memberi contoh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP, perdana menteri berkata kepimpinan kerajaan negeri membuat pelbagai janji, antaranya membina terowong dasar laut dan aerobus, tetapi sehingga kini belum dilaksanakan.

Kerajaan BN bina MRT dan melaksanakan pelbagai perkara untuk Malaysia sehingga dihargai oleh dunia, jauh berbeza dengan kerajaan negeri "berjanji (kadar) air tidak naik pun, (telah) empat kali (kadar) dinaikkan". -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i96U8i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.