Tak Jadi Isi Minyak Di Petronas, Isi Di Petron. Rupanya Ini Yang Allah Aturkan
Sejak petrol naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dalam 10-15 ringgit je.
So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila RM42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi sebab pernah terjadi melimpah-limpah keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi RM5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot-kot ada motor masuk. Takde pon.
Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu. Buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira.
Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada RM5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap “ambillah akak malas nak refund ke dalam.”
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul-betul macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu.
Saya tanya dia, “Eh..apesal?”
Dia jawab dalam menahan sebak.
“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada RM10 je ni, dok fikir isi minyak RM3, tinggal RM7. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je. Saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free.”
Saya pula sedih. Saya senyum je dan cakap. “Dah tertulis rezeki awak,”
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dalam kereta. YA Allah, bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ.
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh je. Tetapi saya pergi masuk bayar RM50 kat dalam, teragak nak isi RM45 je, tapi hati kata RM50 baru penuh. Rupanya betul cuma rm45 je. RM5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik-cantik.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu.
Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting. Saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar-benar serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.
Sumber: Pnut Syafinaz
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2whT7Su
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment