Guru Lelaki Didakwa Peluk, Cium Murid
Seorang guru lelaki didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini atas tuduhan menyentuh secara seksual tubuh murid lelakinya yang berusia sembilan tahun.
Guru berkenaan (namanya dirahsiakan oleh mahkamah) didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk bahagian tubuh dan mencium mangsa yang bersekolah di tempat yang sama.
Tertuduh yang berusia 27 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di antara pukul 12 tengah hari dan 6.30 petang, di antara Ogos tahun lalu dan 17 Julai lalu di tandas sekolah berkenaan di Petaling Jaya, dekat sini.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang pemuda berusia 21 tahun didakwa atas tuduhan merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun sehingga melahirkan anak luar nikah, bulan lalu.
Tertuduh (namanya dirahsiakan oleh mahkamah) didakwa merogol mangsa yang masih di bawah umur pada bulan Oktober tahun lalu di sebuah flat di Subang Jaya, dekat sini.
- Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i9yzWQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment