Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru didakwa kerana peluk, cium murid di tandas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru didakwa kerana peluk, cium murid di tandas

gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap murid lelaki berumur 9 tahun,

Guru yang berumur 27 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara memeluk tubuh badan dan mencium murid itu di dalam tandas, di sebuah sekolah di Petaling Jaya, antara jam 12.20 tengah hari hingga 6.30 petang, antara Ogos 2016 hingga 17 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Farhan Read diiikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan dia dilarang mendekati dan menganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 25 September untuk sebutan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius melibatkan mangsa berumur 9 tahun.

“Tertuduh adalah guru tempat mangsa bersekolah, jika jaminan dibenarkan dikhuatiri tertuduh akan menganggu saksi pendakwaan terutama mangsa dan ibu bapanya,” katanya.

Farhan pula memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin RM10,000 dan ibu bapa tertuduh bersedia untuk membayar jaminan itu.

“Kami tidak pertikaikan ini merupakan satu kesalahan serius, tetapi tertuduh hanya dituduh dan masih belum didapati bersalah, oleh itu mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan jaminan. Jumlah RM10,000 adalah memadai,” katanya.

Beliau berkata tertuduh yang tinggal dengan ibu bapanya menerima gaji RM1,600 sebulan.- Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v4sVX3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.