Asus Zenfone 4 Akan Menyusul Ke Pasaran Malaysia Menjelang September
Dengan pengumuman penawaran Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie dan juga Zenfone 4 Max Pro untuk pasaran Malaysia, pihak Asus Malaysia turut berkongsi mengatakan Zenfone 4 akan menyusul ke pasaran tempatan menjelang September kelak.
Ia disasarkan untuk awal September, tetapi semuanya bergantung kepada penawaran stok dan sebagainya.
Asus Zenfone 4 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera dibelakang mengabungkan lensa 12-megapixel dan 8-megapixel, selain dilengkapi kamera hadapan 8-megapixel.
Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Asus Malaysia juga masih belum berkongsi mengenai adakah Asus Zenfone 4 Pro akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vFVz4H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment