Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Dia Guna Kayu Pukul Kepala Dan Perut Nenek Saya Sebab Nak Mencuri," Cucu Mangsa Tampil Perjelas Kisah Sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Dia Guna Kayu Pukul Kepala Dan Perut Nenek Saya Sebab Nak Mencuri," Cucu Mangsa Tampil Perjelas Kisah Sebenar




Sejak semalam menjadi tular di laman sosial tentang tiga buah video yang menjadi bualan ramai di mana seorang wanita telah dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa menceroboh masuk ke kediaman penduduk kampung unuk mencuri.

Rata-rata netizen mengecam kerana tindakan beberapa orang lelaki di dalam video yang memukul suspek sambil menarik baju menampakkan benda yang tidak sepatutnya.

Ramai tertanya-tanya kenapa mereka begitu berang sehingga wanita itu dipukul sedemikian.

Rupanya sebelum kejadian, wanita itu didakwa telah memukul seorang warga emas selepas menceroboh masuk rumah untuk mencuri.

Cucu kepada mangsa yang dikenali sebagai Azira Suib, dia memberitahu neneknya telah menjadi mangsa cubaan menyamun di rumah mereka di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Azira mendakwa suspek wanita itu telah memukul neneknya dengan kayu di bahagian kepala dan perut.

"Pada masa tu Zira tiada di rumah kerana bekerja. Zira memang tinggal dengan nenek dan juga adik. Hampa memang marah sebab nampak orang pukul dia (suspek). Tapi hampa tak pikiaq perasaan marah kami?

"Dia pukul warga emas tau. Orang memang kata suruh pikiaq kalau jadi kat anak sendiri kan tapi cuba hampa pikiaq kalau jadi dekat mak ayah hampa, dekat nenek hampa?

"Memang negara kita ada undang-undang, tapi cuba hampa pikiaq kalau jadi kat hampa juga," luahnya di Facebook.


Menurut seorang lagi saudara mangsa, Eyma Halim, ini bukanlah kejadian pertama suspek wanita itu memasuki rumah mereka, sebelum ini wanita itu sudah beberapa kali cuba memecah masuk rumah tersebut tetapi gagal.

"Suspek memakai sarung tangan dengan penutup muka, jadi dia cuba menyorok di tepi rumah. Namun ibu saudara saya terserempak, jadi dia lari.

"Dalam masa tiga hari, dia cuba masuk lagi dan berjaya menyorok di dalam rumah. Ibu saudara saya bangun tidur ternampak beg biru berisi kasut cucu.

"Suspek dah memasukkan barang untuk curi. Di dalam beg ada pemutar skru dan barang untuk menyerang," dakwanya.


Menurut Eyma lagi, ketika itu ibu saudaranya mahu memapaki baju, tetapi suspek telah memukul kepala neneknya menggunakan kayu sehingga terjatuh.

"Dia cuba nak meragut rantai leher, jadi ada pengelutan. Dia memukul badan ibu saudara saya dengan kayu itu. Apabila ibu saudara cuba melawan dia melarikan diri menyorok di bilik sebelah.

"Jiran-jiran cuba untuk cari dan jumpa dia menyorok di dalam bilik. Anak lelaki mangsa dapat tangkap dia. Jadi yang mana dapat info salah tu jangan cuba sebarkan. Niat dia (suspek) untuk membunuh atau mencederakan ibu saudara," katanya.



Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uLCuPt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.